Pages

Sunday, December 27, 2009

Tahniah Tanjung Malim FC

Kami tidaklah sehebat Parit atau Ipoh Timor tetapi Alhamdulillah berkat adanya DUIT (bukan rasuah tapi doa, usaha, istiqamah dan tawakal) Tanjung Malim FC berjaya berada di kedudukan tiga terbaik dalam perlawanan merebut Piala Pesuruhjaya Perak. Dengan kemengan tempat ketiga tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM400.

"Kepada para penyokong, kami memohon maaf kerana tidak dapat memberikan penyudahan yang terbaik kepada anda. InsyaAllah pada masa akan datang akan akan lebih berusaha memperbaiki diri," Petikan ucapan Saudara Farhan, salah seorang wakil Pemuda Tanjung Malim. Namun begitu kemenangan 2-1 ke atas Kampar pada perlawanan menentukan tempat ketiga-keempat sudah cukup memberikan kegerunan kepada 24 pasukan yang bertanding.

Saudara Abdul Ghani yang mewakili Pemuda Pas Tanjung Malim mengucapkan jutaan tahniah kepada Tanjung Malim FC diatas kejayaan yang cukup membanggakan tersebut. "Kemenangan ini menggambarkan tiada apa yang mustahil untuk dicapai dalam dalam setiap pertandingan. Yang penting ada kesungguhan dan strategi serta mengharapkan pertolongan Allah. Semoga semangat ini terus diterjemahkan untuk mementang BN dalam pilihanraya akan datang."Tambah beliau.


Bagi pengurus pasukan, kemenangan ini hanyalah sekadar suatu bonus. Apa yang pasti Tanjung Malim FC yang mewakili Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim telah berjaya menyempurnakan misi DPPTM iaitu untuk terus memberikan sokongan kepada Dewan Pemuda Pas Perak dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan. Malah apa yang lebih membanggakan melalui Tanjung Malim FC, DPPTM dapat mendekatkan lagi anak-anak muda ini dengan PAS. Malah ada dikalangan anak orang UMNO ini tanpa segan menyanyikan lagu rasmi pas malah sanggup mewakili Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim bagi menggalas cabaran. Jika perkara seperti ini berterusan pastinya UMNO terutama di felda-felda mengalami masalah besar pada PRU ke-13.

KONSERT HIJRAH

Sila klik gambar untuk paparan imej

Artis-artis telah berhijrah. Anda bila lagi???
Jom kita saksikan konsert terhebat abad ini...

Saturday, December 26, 2009

PUISI INDAH BUAT SI KATAK BEHRANG DAN CHANGKAT JERING

Katak ku yang dirindui....
kau menghilang diri sejenak di mana ntah,tidak ku tahu....
ohhh...
katak ku yang suka melompat umpama monyet dikejar beruk....
kau suka membuatkan ku marah-marah selalu.....
katak ku gagah berlari...
seperti dikejar oleh menteri...
katak ku....
kau memang idola parti pemerintah....

katak yang suka dengan RM....RM....
sukar membuat pilihan....
katak ku rupanya ada hati nak jadi MB.....
katak ku berangan-angan di dalam tempurung yang kau buatkan untuknya dengan ikhlas dan penuh manja...
oh katak ku...
mengapa kau lari dariku???

......sekarang katak ku telah kaya raya,bersedap-sedap dengan tuan baru....
tetapi tuan barunya bukan suka kat dia....
tak lama nanti kena sembelih pulak dengan tuan baru tu...
oh!!!!alam ini semakin menghimpit perasaan ku,dimana aku sebenarnya rindu-serindu rindunya pada katak ku...
tapi,ntah berapa ekor sebenarnya katak ku yang menghilang itu????
seekor kaaa...dua ekor kaaaa????
rupanya dua ekor yaaa???
ada yang betina juga...
seekor katak betina dari bangsa nyonyaaaaaaa!!!!!!
aduhai....katak ku sudah digoda nyonya.......
oh..pilu hati ini ibarat sembilu bisa,peritnya entah bila akan berakhir....!!!
macam lagu penyanyi Rahmat dulu tu.....
.....oh katak ku yang ku sayangi....
janganlah kau berlompat sana dan sini...
rimas aku ....
cuba bawa-bawa berehat ataupun pergi merempat dulu di kolam-kolam cina dekat tempat pancing jalan nak ke Ipoh tu.....
kau lompat buat aku sakit kepala sahaja wahai katak ku yang kucintai seluruh jiwa raga......
sekarang katak ku sudah bertiga.....
sama ada tiga ekor katak ataupun tiga orang katak,aku keliru memanggilmu...
sebab salah mu jua katak ku...
kau tergoda dengan kilauan kelip-kelip di waktu malam.....
padahal,bukannya best sangat kelip-kelip tu...
oh katak ku...sedarlah......
akhirnya nanti kau akan kembali kepada ku,tetapi pada ketika itu bukan aku yang akan menyambut mu,
hanya tendangan suria perkasa hitam edisi ke 8 khas untuk mu wahai katak......


nukilan....

boboy slim river

Copy-Paste dari laman Pemuda Pas Parit

P/s Saudara Boboy sila contect Kitorang secepat mungkin....

Tuesday, December 15, 2009

PASTI AKAN DIBUKA DI KG RASAU SLIM VILLAGE.

Satu kemajuaan Pas Kg Rasau akan membuka PASTI di Kg Rasau,dimana setelah sekian lama Pas bertapak di Kg Rasau.Insyallah Pasti ini akan dibuka pada thn 2010 nanti. Pendaftaran boleh dibuat melalui Ketua Cawangan,Timb,Ketua Pemuda cwg atau datang terus ke Markas Pas Kg Rasau.


Maklumat lanjut, layari http://paskgrasau.blogspot.com/

Tuesday, December 1, 2009

Gotong Royong Amal

Ceramah Isu Semasa

Thursday, November 26, 2009

Hayati Falsafah Korban

Bersempena Aidiladha ini, kita tidak hanya menghayati ibadah korban, hanya dengan menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, sekadar menyembelih binatang ternakan.

Tetapi kita mesti menghayati spirit atau roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan mengetepikan seluruh kepentingan duniawi serta mengetepikan kepentingan diri dan keluarga, demi untuk mematuhi arahan Allah.

Maka dengan ini, marilah sama-sama kita menjelmakan semangat korban ini dengan mencontohi perjuangan para Anbiya, mengetepikan segala kepentingan, sanggup bersusah payah, demi menegakkan kalimah tauhid yang suci.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

DARIPADA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TANJUNG MALIM

Nukilan Buat Sang Katak Behrang

KATAK YANG INGIN TERBANG


Kulitnya tidak hijau seperti katak-katak Behrang

Cerah tidak, legap pun tidak

Tapi kalau Sang Katak tertonggok di celah-celah rimbunan

Sesiapapun bisa nampak Sang Katak yang kesungguhan

Sang Katak ingin terbang


Walaupun pelik tapi benar, Sang Katak memuja Mike Tyson

Tumbangkan lawan, tak tunggu lama

Di Timbunan surat-surat orang Behrang

Seorang pos master, terdiam, meraba pipi yang lebam

Kerana mengingkari

Sang Katak ingin terbang


Sang Katak sedar kakinya panjang

Ada yang terliur

Sang Katak pun melunjur

Entah apa silapnya Sang Katak tercekup kebasahan …di Dun sebelah Behrang

Bagi Sang Katak kena tangkap kebasahan, apalah sangat, bila kering nanti

Sang Katak ingin terus terbang


Adakalanya Sang katak sedar asalnya

Kadang duduk tak sama rendah berdiri tak sama tinggi dengan orang Behrang

Kalau ada orang behrang hebat jual ubat

Sang Katak juga hebat jual bekas ubat


Bila hujan reformasi mencurah dan cendawan celik politik bercambah

Sang Katak himpunkan seramai-ramai spesiesnya

Sudahnya orang lupa ubat, beli bekas ubat

Sang Katak rasa sudah dapat lapangan untuk terbang


Kalau dah katak, katak juga

Sang Katak tetap dengan kekatakannya di lapangan

Mahu terbang dengan Jentayu, mereka sudah terbang tinggi

Mahu merayap dengan Naga, mereka membidas laju

Mahu tak mahu Sang Katak maintain low profail bersama-sama spesiesnya

Susun mimpi dalam mimpi

Sesekali kelihatan Sang Katak bisikkan kepada Sang Biawak di tebing sana

Sang Katak ingin terbang

Bila tsunami melanda

Sang Katak tahu ia boleh mula berenang mengikut arus

Sang Katak juga tahu bila taufan reda, itu masa menongkah arus


Untung batu tenggelan, untung sabut timbul

Tak disangka-sangka untung Sang Katak terdampar dalam satu bahtera

Cepat-cepat Sang Katak mohon jadi nakhoda

Tapi kerana Sang Katak lupa belajar bahasa diraja

Sang Katak jadi kelasi kiri sahaja

Tapi, kelasi pun kelasilah

Sang Katak masih ingin terbang


Sang Katak bernasib baik

Terjumpa Sesumpah dalam bahtera

Wajahnya mirip wajah Biawak diseberang sana

Selalulah Sang Katak berenang-renang dan merayap-rayap di luar bahtera

Sang Katak tidak menyangka

Sesumpah sudi menukarkan kulitnya

Biawak pelawa membonceng dibelakangnya

Semuanya mahu tolong

Sang Katak ingin terbang


Tatkala bahtera menempuh gelombang membelah ombak

Nakhoda bermatian bertongkat paruh

Sang Katak hanya menikus dalam lopaknya

Meyapu krim sunblock di peha seksinya

Sesekali Sang Katak keluar menjenguk udara

Sesekali Sang Katak mengintai-ngintai Sang Biawak di luar bahtera

Sesekali Sang Katak bersantai bersama sesumpah dalam bahtera

Semuanya nekad mahu bantu

Sang Katak ingin terbang keluar dari bahtera


Seperti yang diminta-minta

Sang Katak dapat SMS dari entah siapa

Mohon sembunyi diri dalam bahtera

Biar nakhoda terpinga-pinga cari tak jumpa

Biar kelasi-kelasi tercari-cari

Biar Sesumpah dan Biawak meneruskan strategi

…… Sang Katak ingin terbang


Malang menimpa

Tak sempat sembunyi lama-lama

Sang Katak Kelecuran disimbah asid panas oleh nakhoda

Sang Katak melompat tinggi hingga terkeluar dari bahtera

Alih-alih dapat mendarat disisi Altantuya, sesumpah, biawak dan buaya


Lama berendam bersama amfibia-amfibia

Sang Katak berkata kepada dirinya

Daripada meluncur dari bahtera

Lebih baik meluncur dari istana

Jika

Sang Katak ingin terbang


Kini sang katak tiada lagi di dalam bahtera

Mundar manir di luar bersama amfibia

Cicak, ular sawa, biawak padang pasir menjadi sahabat semuanya

Memuji muja… Sang Katak hero amfibia

Berterima kasih tidak terhingga

Sambil bersorak mereka bersenda


Ingatlah katak dirimu siapa

Hendak terbang kepakmu tiada

Hendak berhujah lidahmu bergulung, tidak petah berkata-kata

Hendak berjuang ikhlasmu tiada

Kamu hanya seperti kami, merayap di muka bumi


Jangan peduli…

Apa dikisah dengan pengundi

Terus tak perlu telus, tiada siapa yang Nampak

Pecah tak perlu amanah, lidah tidak bertulang

Agih tak perlu adil, peluang hanya datang sekali

Apa perlu wibawa, kita perlu wang


Walaupun berbau hamis dan hapak sembunyilah dibawah sisik kami

Kalau kamu masih berangan mahu terbang tinggi


Cuma…

Jangan lupa suatu hari nanti

Akhirnya, kami juga akan tidak lagi bersamamu

Bila…

Mahkamah tidak mampu kami beli….. Kota Siputeh sebagai bukti

Hati rakyat tak mampu kami kaburi

Kebenaran dan kedaulatan muncul kembali

Bahtera yang kamu tinggalkan belayar kembali…. Sikit masa lagi

Bila itu semua terjadi

Bila api perjuangan meragut tubuh kerdilmu

Bila tongkat Musa membelah pengkhianatanmu

Kamu sang Katak pasti akan mati katak


Nukilan oleh,

Aminuddin Zulkipli

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjung Malim