Pages

Sunday, May 9, 2010

Sukan Pasti Kawasan Tg Malim 2010


Sejak awal pagi lagi, ibubapa dan murid-murid Pasti telah membanjiri padang Pekan Trolak untuk menjayakan sukan pasti yang bermula pada jam 8.15 pagi tadi.

Kelihatan deretan khemah terpasang untuk menampung murid-murid Pasti seramai kira-kira 240 orang yang terdiri daripada Pasti Mawaddah, Nisa', Al-Firdaus, Al-Barakah, Ehsaniah, Al-Hilal, Nurul Ain dan Pasti Ansar. Guru-guru juga bertungkus lumus menghias murid serta menyediakan kostum menarik untuk merebut gelaran juara bagi acara perbarisan.

Perasmian sukan telah disempurnakan oleh Exco Dewan Pemuda Pas Perak, merangkap Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli. Dalam ucapannya, beliau melahirkan kesyukuran dan tahniah di atas berjayakan pihak jawatankuasa menganjurkan sukan pasti kali ini. Apa yang menjadi fokus ucapannya ialah tentang pertambahan murid tahun ini berbanding tahun sebelumnya sebanyak 50 peratus. Keadaan ini bukanlah suatu kebetulan, bahkan suatu gerak kerja yang gigih daripada semua pihak yang diberi amanah.

Turut menjayakan sukan pasti 2010 ini adalah Naib Ketua Pemuda, AJK Dewan Pemuda, Unit Amal serta beberapa pimpinan Pas Kawasan Tg Malim. Antara pimpinan pas kawasan yang hadir sejak awal pagi iaitu Tn Hj Kadri, Ustaz Mohd Shafie, Tn Imam Kholili dan Ust Nik Abd Hadi.


Pemenang keseluruhan Pasti disandang oleh Pasti Ansar (Sungkai) manakala juara perbarisan disandang oleh Pasti Mawaddah(Behrang), kedua oleh Pasti Al-Hilal (Besout) dan ketiga Pasti Firdaus (Tg Malim).

Tahniah kepada pemenang. Terima kasih kepada AJK dan semua yang telah menyumbangkan tenaga, fikiran, masa dan wang ringgit untuk menjayakan sukan ini. Semoga Allah SWT membalas jasa kita semua dengan pandangan Rahmat-Nya.


0 comments: