24 Januari 2012- Sekitar jam 5.30 petang, berbekalkan sedikit barang keperluan harian dan sumbangan wang tunai, jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Tg Malim telah menziarahi seorang aktivis Pas yang aktif sekitar tahun 80 - 90 an. Beliau yang kini mengalami lumpuh separuh badan dan kadangkala hilang ingatan kelihatan begitu mesra menyambut kedatangan kami.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Sam adalah penyumbang utama yang menggerakkan Pasti Al Hilal sekitar tahun 90-an. Beliau mewakafkan dirinya sebagai pemandu kepada murid-murid Pasti untuk dihantar ke sekolah dan menjemput semula pada tengah harinya. Kelangsungan tugas beliau ini sehinggalah beliau diserang strok dan mengalami lumpuh separuh badan kira-kira 12 tahun yang lalu.
DPPTM atas rasa simpati dan semangat ukhuwah telah berkesempatan mennziarahi beliau di rumahnya. Antara yang menjayakan ziarah ini ialah Timb. Ketua Pemuda, Setiausaha, Bendahari, Pengerusi dan Timbalan Lajnah Kebajikan serta beberapa AJK Pemuda yang lain.
Sumbangan disempurnakan oleh Timb Ketua Pemuda dan bersurai kira-kira jam 6.10 minit petang. Semoga jasa dan pengorbanan beliau mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT dan dapat membakar semangat pemuda untuk terus berbakti sehingga ke nafas terakhir. Insyaallah..
0 comments:
Post a Comment